Saturday, 8 September 2012

Teks PIDATO


KOKURIKULUM MEMBENTUK WATAK CEMERLANG
Parang bukan sebarang parang
Parang ilang  disisip di sisi
Datang bukan sebarang datang
Datang membawa pidato bervisi

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…………..
Pada hari yang berbahgia ini ,berdirinya insan kerdil ini  di hadapan khalayak adalah
bagi menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “ Kokurikulum Membentuk watak
cemerlang “ . Menurut kamus dewan edisi ke-empat kegiatan kokurikulum
didefinisikan sebagai kegiatan  atau  aktiviti selain  mata pelajaran yang diajar dalam
bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian kursus  pendidikan pelajar  di
sekolah-sekolah.  Membentuk pula diertikan sebagai menjadikan atau membuat
sesuatu  manakala watak pula ialah sifat zahir dan batin merangkumi budi
pekerti ,tabiat, tingkah laku,jiwa serta pemikirannya. Cemerlang pula
didefinasikan  bersinar,gilang gemilang , berkilauan.
Secara tuntasnya Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak cemerlang,
insan  berkualiti akan mendukung aspirasi negara dalam semua bidang dan
seterusnya mampu melahirkan modal insan yang gemilang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang bakal merenangi arus globalisasi yang kian mencabar hari demi hari.
Para warga sibu yang budiman,
Nirmala kata saya yang pertama  “Insan  berkualiti  kelahiran  kokurikulum “
 Kegiatan kokurikulum banyak manafaatnya kepada pelajar. Kerana ia melahirkan
warga yang berkualiti ,membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi pemimpin-
pemimpin pada masa hadapan. Dengan menyertai kegiatan kokurikulum pelajar-
pelajar
di negara ini terdidik dengan semangat daya saing yang sihat  dan para pelajar juga
akan senrtiasa berwawasan tinggi .ciri-ciri pemimpin   yang mempunyai sebeginilah
yang diperlukan negara di masa akan datang bagi memacu Negara Malaysia
menjadi sebuah Negara Islam yang maju serta mampu berdiri sama tinggi ,duduk
sama rendah dengan negara –negara lain di dunia ini.

Sidang hadirin yang dirahmati,
Nirmala kata saya yang kedua “.Kokurikulum penjana daya kreativiti”
Bak kata pepatah melayu”kalau tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya” 
begitu juga dengan pelajar-pelajar di Malaysia ini jika tidak dicungkil bakat mereka
ini mana mungkin mereka tahu bakat mereka ,kreativiti mereka ke arah mana.
Ramai pelajar dicungkil oleh guru-guru di sekolah  untuk dibimbing dan dibentuk
agar kreativiti mereka mendapat bimbingan yang sempurna.Ini kerana pelajar-
pelajar ini adalah aset Negara yang amat penting bagi membantu Malaysia agar
tidak ketinggalan di dalam apa jua bidang di dunia ini.

Sidang hadirin yang dihormati
Bicara saya yang keempat di bawah lembayung kata kegiatan kokurikulum mampu
Membendung gejala sosial melalui kegiatan kokurikulum juga para pelajar dapat
memanafaatkan masa senggang mereka dengan melalui kegiatan berfaedah seperti
bermain,berkhemah ,berkayak dan lain-lain lagi.Ini secara tidak langsung
membendung mereka daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral .

Sidang muslimin muslimat  kesayangan Allah ,
Bicara kata saya yang  terakhir “ Kokurikulum  memupuk nilai  murni dalam jatidiri
Pelajar  Melalui kegiatan kokurikulum juga dapat menanam nilai-nilai murni dalam
diri pelajar termasuk saling berkerja sama , melahirkan rasa 1 Malaysia bagi rakyat
Malaysia yang berbilang kaum seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita
Datuk Seri Najib Tun Razak.  Malah kegiatan kokurikulum juga memupuk
keberanian serta belajar berdikari  melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Malah  di
Malaysia  ini, melalui kokurikulum terdidik dengan  nilai-nilai positif  dalam diri
mereka  
Tampaknya masa begitu pantas berlalu  .Sebelum saya noktahkan bicara ini ingin
saya tegaskan kegiatan kokurikulum memberi sumbangan yang
begitu bermakna  dalam membentuk serta mencanai watak insan cemerlang .
Justeru itu kita janganlah memandang enteng  tentang kegiatan kokurikulum
dijalankan di sekolah  sekolah di Malaysia ini

Saya tinggalkan sebaris kata yang diinspirasikan daripada kata-kata
 Dato Dr Nordin Kardin mantan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia
“ insan yang berdayasaing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan
seiring perkembangan zaman” renungkanlah  fikirkanlah cernakanlah…

Sekian terima kasih
Wabillahitaufik wal hidayah wassalammualaikum warahmatullhi wabaratuh


No comments:

Post a Comment