Thursday, 13 September 2012

Ingin Bahagia Tidak Semestinya Kaya | iluvislam.com discover the beauty of islam

Ingin Bahagia Tidak Semestinya Kaya | iluvislam.com discover the beauty of islam

sebutir permata di lautan fana

SHEIKH DR.YUSUF AL QARADAWI
Sheikh Yusuf Al Qaradawi adalah tokoh Islam yang amat terkenal di abad ini. Beliau adalah seorang pemikir terulung yang tidak asing lagi di dunia islam. Belaiua masih lagi aktif menyumbangkan pemikirannya
Nama sebenar beliau Yusuf bin Abdullah bin Harith bin Juz Al Zubaidi. Analk kelahiran Mesir ini dari sebuah kampung bernama Shafat Al Turab ,Mahalah Al Kubra yang terletak di negeri Gharibiah ,Mesir pada 9 September 1926. Nama Al Qaradawi diambil sempena sebuah daerah yang bernama Al Qardhah .
Al Qaradawi berasal daripada keluarga yang kuat beragama .Bapanya bekerja sebagai petani manakala keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai pedagang. Pada usia 2 tahun ,beliau telah kehilangan ayahandanya lalu beliau diasuh oleh bapa saudaranya yang bernama Ahmad. Di situ belaiau dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasihsayang tanpa berbelah bagi dersama-sama sepupu-sepupunya. Bak kata belaiu sendiri “itulah gantian takdir yang menjadikan saya yatim pada usia yang sangat muda.Malah ketika menerima satu anugerah di Dubai, Al Qaradawi memengucapkan syukur dan terimakasih kepada orang yang mendidiknya iaitu bapa saudaranya sejak kecil iaitu bapa saudaranya serta saudara-saudara sepupunya yang dianggapnya abang-abang dan kakak-kakaknya.
Latarbelakang pendidikan Yusuf Al Qaradawi
Pada usia semuda 5 tahun, Yusuf dihantar ke Khuttab di kampungnya bagi menghafal Al Quran. Manakala ketika usianya 7 tahun beliau dihantar bapa saudaranya ke Madrasah Ilzamiyyah untuk mengikuti pelajaran sekolah rendah. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah,kesihatan dan lain-lain. Sejak kecil yusuf mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al Khuttab) di sebelah petang. Yusuf menceritakan sendiri bahawa beliau menghabiskan hafazan Al Quran dengan pelajaran hukum tajwid sebelum usianya mencapai 10 tahun.
Katanya lagi” Saya tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam Al Quran seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Al Khuttab mrereka mengadakan jamuan .Saya membaca surah-surah Al Quran dari surah Ad Dhuha hingga surah An Nas .Ketika saya membaca akhirr setiap surah mereka menyambutnya dengan ucapan takbir dan tahmid.Pelajar bertakbir bersama saya. “
Kehidupan beliau memang dikelilingi suasana yang begitu menggalakkan pendidikan Al Quran tanpa melupakan juga pendidikan akademik.Kecerdikan dan bakatnya terserlah sejak kecil lagi. Acapkali beliau diberi kepercayaan menjadi untuk menjadi imam dan memberi syarahan di kampung . Sorang yang bernama Syeikh Yusuf selalu memintanya menjadi imam solat harian kerana beliau dapat membaca ayat-ayat Al Quran dengan baik. Penghormatan ini diberi kepada beliau seawal usia beliau 10 tahun hinggakan Yusuf tidak mempunyai peluang bermain seperti kanak-kanak lain seusianya. Yusuf dibesarkan dengan suasana yang kuat dan mantap.
Apabila tamat Madrasah Ilzamiyyah, beliau menlanjutakan pelajaran ke Maahad Rendah tanta (Madrasah Ibtida’ittah) selama 4 tahun dan Maahad Menengah (Madrasah Thanawiyyah) selama 4 tahun di bawah seliaan Al Azhar.
Ditakdirkan Allah,datang seorang syeikh dari al Azhar melawat ke kampungnya telah mengesan kewibawaan Yusuf. Sejak itulah Al Qaradawi dihantar ke Maahad Agama Tanta .Di Maahad Agama Tanta, Yusuf belajar guru-guru berkaliber al Bahi al Khuli ,Syeikh Mahmud al Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.Satu kegemaran Yusuf ialah beliau suka membaca. Di Maahad Tanta, Al Qaradawi mula menanam minatnya ini. Bahan-bahan bacaannya tidak terhad pada buku-buku pelajaran yang dipelajarinya tetapi beliau juga turut membaca buku-buku lain bagi meluaskan pengetahuannya.
Beliau tidak pernah jemu menimba ilmu pengetahuan dari pembacaannya. Hingga beliau selalu mendapatkan buku-buku bacaannya dari Fak Al Azmah atau perpustakaan Dar Al Kutub Tanta. Pada masa itu, pembacaan Yusuf Al Qaradawi lebih tertumpu kepada kesusasteraan Arab dengan membaca buku-buku kaya penulis-penulis seperti al-Manfaluti ,Mustafa al Sadiq al Rafa’I Taha Hussain ,Abbas Aqqad dan Ahmad Amin.
Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringkat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Pada masa itu, usia Yusuf 15 tahun. Setelah tamat Belajar di Maahad Agama Tanta, Yusuf Al Qardawi melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar dan mengambil bidang Usuluddin.
Pada tahun 1953 , beliau telah menggenggam ijazah sarjana muda dan muncul sebagai pelajar terbaik dari 180 pelajar yang mengikuti pengajian ketika itu. Kemudian Yusuf mengambil diploma dalam bidang Bahasa Arab dan seterusnya memperoleh ijazah dan diploma dalam bidang Bahasa Arab dan terbaik daripada 500 orang pelajar.Pada tahun 1957, beliau menyambung pelalarannya ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi hingga mendapat diploma dalam bidang Bahasa Arab dan Sastera. Al Qaradawi tanpa jemu menimba ilmu beliau mendaftar diti di Fakulti Usuluddin dengan mengambil bidang tafsir dan hadis dan manamatkam pengajiannya pada tahun 1960.
Setelah itu beliau meneruskan pengajian untuk mengambil Phd dalam bidang fiqh ul Zakat. Oleh kerana kekangan politik pada masa itu, beliau terpaksa menangguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau menamatan Phdnya dan tesis beliau mendapat pujian ulamak-ulamak seperti Maududi dan Muhammad Mubarak.


Ilmu-ilmu yang diminati Yusuf Al Qaradawi
Yusuf Al Qaradawi merupakan seorang individu yang amat meminati ilmu pengetahuan. Menurut seorang penulis Mohd Rumaizuddin Ghazali beliau pernah berjumpa Yusuf Al Qaradawi di pameran buku antarabangsa di Kaherah sedang meneliti dan membeli buku-buku terbaru biarpun sudah bergelar Ulama.
Beliau pernah berkata “saya begitu meminati bahasa Arab kerana bagi saya bahasa Arab adalah lidah rasmi Islam. Lagipun bahasa Arab merupakan syarat memahami Al Quran dan Asunnah. Saya juga mencintai semua bidang berkaitan Islam
Al Qaradawi serta pemikirannya
Menurut Al-Nadwi, al-Qaradawi adalah ulama lulusan al-Azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam sebenar dengan realiti dunia semasa. Al-Qaradawi pertama kali datang ke Malaysia pada 1974. Dalam lawatan itu, beliau melawat pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan sejak itulah, belai hubungannya begitu rapat dengan aktivis dakwah di Malaysia.

Pada 1985, Al-Qaradawi menyampaikan ceramahnya di Yayasan Anda dan menekankan sikap kesederhanaan yang perlu diambil pendakwah. Antara sumbangan besar al-Qaradawi kepada masyarakat Islam di Malaysia ialah keprihatinannya kepada manhaj kesederhanaan dalam berdakwah.
Menurut Mohd Rumaizuddin Ghazali (2011) sumber-sumber pemikiran ulama tersohor ini ialah terdiri daripada Al Quran, Assunnah, serta kisah-kisah sejarah. Acapkali Al Qaradawi membawa contoh-contoh sejarah ketamadunan manusia khususnya ketamadunan islam. Beliau .Antara kisaha yang telah beliau utarakan yang harus diteladani sirahnya oleh umat islam seantero dunia ialah, kisah Qarun yang melampaui batas dan melakukan kezalimanserta tidah mensyukuri dengan kurniaan Allah.
Ulama terbilang ini juga, pernah memberi contoh kisah kaum Ad yang yang sombong serta melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini dan akhirnya kaum ini dihancurkan oleh Allah SAW. Antara karya-karya Al Qaradawi yang menceritakan tentang sejarah hidup para tokoh ialah
1.Al imam Al Ghazali Byn Madihi Wa Naqihi ;Kaherah,1988
2.Al Syaikh Al Ghazali Kama Araftuhu Khilala Nis Al Qarn,Dar Al Wafa & Rsquo;Kaherah 1995
3.Abu Hasan Al Nadwi Kama & Isquo; Arafth,darul Fikr,Beirut,2001
4.Nisa Mu & Rsquo;minat ,Maktabah Wahbah,Kaherah 1979

Kesimpulannya:
Sheikh Yusuf Al Qaradawi merupakan pemikir terulung pada abad ini. Biarpun beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sentiasa menjadi rujukan dalam ilmu fekah khususnya namun beliau tidak mengenepikan ilmu-ilmu lain . Sejak dari muda, tabiat membacanya membawa beliau ke ilmu-ilmu baru dan memandang sesuatu perkara dari persfektif yang lain daripada ulama-ulama yang lain.
Belaiu tidak menghadkan pembacaan dan setiasa mendalami ilmu biarpun bukan ilmu agama.Ulama terbilang ini juga menjadikan sejarah-sejarah ketamaduan Islam sebagai salah satu sumber pemikirannya di samping Al quran dan As Sunnah.Pemikirannya bukan sahaja diiktiraf di asia barat sahaja malah di barat juga mengiktiraf ulama ini.Buktinya beliau pernah menjadi penasihat di Universiti Oxford iaitu slah satu Universiti yang begitu dikagumi di Barat.
Moga-moga satu hari nanti Malaysia mampu melahirkan tokoh tersohor seperti Dr Yusuf Al Qaradawi ini.

Saturday, 8 September 2012

PATY'S KITCHEN: CHOCOLATE MACARONS

PATY'S KITCHEN: CHOCOLATE MACARONS: Hello hello! For today’s post I’m bringing over another macarons recipe from the last issue. I'm into mrcarons and while the momento is ...

gelak-gelak jap


mari sama2 amalkan


Alhamdulillah rezeki pagi ini murah......


cerita yg sungguh bermakna


bila cinta bertasbih 2


bila cinta bertasbih


kek cheese


KEK KEJU

Bahan-bahannya ;

150gm tepung 
60 gm tepung jagung
(boleh guna tpg hongkong utk kesemua gram)
1/5 tin susu manis
100gm gula halus
8 biji kuning telur
7 biji putih telur
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
2 oz susu ideal
2 oz mentega dicairkan .
2 sudu cream cheesse dlm botol 
Chesse phildhiepia 1 kotak ( kotak silver)
Cheesse cheddar 1 kotak ( kotak biru )
Cara2 mmbuatnya ;

Putih telur d pukul sehingga kembang biar sampai berbuih mcm nk buat kek span . .kuning telur d pukul bersama gula dan ovallate .
Setelah itu campurkan kedua2 adunan telur tadi, gaul sebati . masukkan tepung,tepung jagung,gaul rata2.
Masukkan Susu cair,mentega cair dan cheesse cream . gaulkan hingga sebati . sediakan loyang yg d sapu mentega .
Bakar dlm loyang 150c sehingga masak. Setelah itu bahagikan kek kepada dua bahagian .
Untuk cream tengah ; cheesse phildphia di campur rata dgn susu manis .
Sapukan cream cez d tengah kek ,lapis dgn kek yg satu lagi. sapukan jugak cream cez tadi d atas kek dn tepi kek . sesudah itu baru lah chddar cheesse tadi d parut d atas kek tadi .

renunglah


ZAMAN KSSR ???


Teks PIDATO


KOKURIKULUM MEMBENTUK WATAK CEMERLANG
Parang bukan sebarang parang
Parang ilang  disisip di sisi
Datang bukan sebarang datang
Datang membawa pidato bervisi

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…………..
Pada hari yang berbahgia ini ,berdirinya insan kerdil ini  di hadapan khalayak adalah
bagi menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk “ Kokurikulum Membentuk watak
cemerlang “ . Menurut kamus dewan edisi ke-empat kegiatan kokurikulum
didefinisikan sebagai kegiatan  atau  aktiviti selain  mata pelajaran yang diajar dalam
bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian kursus  pendidikan pelajar  di
sekolah-sekolah.  Membentuk pula diertikan sebagai menjadikan atau membuat
sesuatu  manakala watak pula ialah sifat zahir dan batin merangkumi budi
pekerti ,tabiat, tingkah laku,jiwa serta pemikirannya. Cemerlang pula
didefinasikan  bersinar,gilang gemilang , berkilauan.
Secara tuntasnya Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak cemerlang,
insan  berkualiti akan mendukung aspirasi negara dalam semua bidang dan
seterusnya mampu melahirkan modal insan yang gemilang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang bakal merenangi arus globalisasi yang kian mencabar hari demi hari.
Para warga sibu yang budiman,
Nirmala kata saya yang pertama  “Insan  berkualiti  kelahiran  kokurikulum “
 Kegiatan kokurikulum banyak manafaatnya kepada pelajar. Kerana ia melahirkan
warga yang berkualiti ,membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi pemimpin-
pemimpin pada masa hadapan. Dengan menyertai kegiatan kokurikulum pelajar-
pelajar
di negara ini terdidik dengan semangat daya saing yang sihat  dan para pelajar juga
akan senrtiasa berwawasan tinggi .ciri-ciri pemimpin   yang mempunyai sebeginilah
yang diperlukan negara di masa akan datang bagi memacu Negara Malaysia
menjadi sebuah Negara Islam yang maju serta mampu berdiri sama tinggi ,duduk
sama rendah dengan negara –negara lain di dunia ini.

Sidang hadirin yang dirahmati,
Nirmala kata saya yang kedua “.Kokurikulum penjana daya kreativiti”
Bak kata pepatah melayu”kalau tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya” 
begitu juga dengan pelajar-pelajar di Malaysia ini jika tidak dicungkil bakat mereka
ini mana mungkin mereka tahu bakat mereka ,kreativiti mereka ke arah mana.
Ramai pelajar dicungkil oleh guru-guru di sekolah  untuk dibimbing dan dibentuk
agar kreativiti mereka mendapat bimbingan yang sempurna.Ini kerana pelajar-
pelajar ini adalah aset Negara yang amat penting bagi membantu Malaysia agar
tidak ketinggalan di dalam apa jua bidang di dunia ini.

Sidang hadirin yang dihormati
Bicara saya yang keempat di bawah lembayung kata kegiatan kokurikulum mampu
Membendung gejala sosial melalui kegiatan kokurikulum juga para pelajar dapat
memanafaatkan masa senggang mereka dengan melalui kegiatan berfaedah seperti
bermain,berkhemah ,berkayak dan lain-lain lagi.Ini secara tidak langsung
membendung mereka daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral .

Sidang muslimin muslimat  kesayangan Allah ,
Bicara kata saya yang  terakhir “ Kokurikulum  memupuk nilai  murni dalam jatidiri
Pelajar  Melalui kegiatan kokurikulum juga dapat menanam nilai-nilai murni dalam
diri pelajar termasuk saling berkerja sama , melahirkan rasa 1 Malaysia bagi rakyat
Malaysia yang berbilang kaum seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita
Datuk Seri Najib Tun Razak.  Malah kegiatan kokurikulum juga memupuk
keberanian serta belajar berdikari  melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Malah  di
Malaysia  ini, melalui kokurikulum terdidik dengan  nilai-nilai positif  dalam diri
mereka  
Tampaknya masa begitu pantas berlalu  .Sebelum saya noktahkan bicara ini ingin
saya tegaskan kegiatan kokurikulum memberi sumbangan yang
begitu bermakna  dalam membentuk serta mencanai watak insan cemerlang .
Justeru itu kita janganlah memandang enteng  tentang kegiatan kokurikulum
dijalankan di sekolah  sekolah di Malaysia ini

Saya tinggalkan sebaris kata yang diinspirasikan daripada kata-kata
 Dato Dr Nordin Kardin mantan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia
“ insan yang berdayasaing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan
seiring perkembangan zaman” renungkanlah  fikirkanlah cernakanlah…

Sekian terima kasih
Wabillahitaufik wal hidayah wassalammualaikum warahmatullhi wabaratuh